Assalamualaikum.
Berapa gaji rakan2 sekalian?
Berapa nilai komitmen setiap bulan?
Berapa nilai hutang setiap bulan?
Berapa nilai liabiti anda setiap bulan?
Berapa nilai SEDEKAH yang anda bagi setiap bulan?
Kali ini saya nak share dengan anda semua petikan akhbar berkaitan
jumlah gaji RM6000 tetapi masih tidak mampu membeli rumah. RM6000 adalah jumlah
yang besar. Namun, beban kewangan yang lain perlu didahulukan berbanding beli
rumah. Dengan jumlah gaji itu, hanya mampu menyimpan sebanyak RM157.
Masalah kenapa hanya RM157 bebaki setiap bulan bukan berpunca daripada
TIDAK BIJAK MERANCANG KEWANGAN. Tetapi kerana jumlah gaji tidak setara dengan
komitmen kewangan.
Saya pasti ramai yang risau dengan keadaan semasa.
Gaji naik, harga barang berganda naik.
Kerana komitmen kewangan yang lebih besar. Ramai yang menyarankan
beberapa cadangan untuk mengurangkan belanja. Namun sampai bila anda harus
fikir untuk BERJIMAT?? KURANG BERBELANJA??
Ini yang telah saya hadapi.
Selepas berfikir dengan mendalam. Saya tiada pilihan lain. Hanya dengan
berniaga, saya mampu hidup dengan lebih selesa. Tapi, berniaga bermacam jenis. Bermacam
cara. Bermacam kaedah. Maka pelbagai soalan datang.
Mana nak cari modal.
Mana nak cari stok.
Mana nak cari pengalaman.
Mana nak cari ilmu berniaga.
Kalau tak berjaya macam mana?
Kalau orang tipu macam mana?
Kalau tiada pelanggan macam mana?
Selepas google bermacam jenis perniagaan, jumpa pelbagai perniagaan. Banyak
yang saya kurang. Baru saya sedar bahawa selama ini saya hanya mencari dunia. Mencari
kesenangan dunia. Mencari keselesaan dunia. Mencari kebahagiaan dunia.
AKHIRAT??? Apa yang saya sediakan untuk hidup di sana?? Dengan dosa yang
pelbagai. Dosa besar. Dosa kecil. Allah allah. Lalainya aku.
Allhamdulillah. Saya telah sedar. Allah telah menemukan saya dengan
seorang anak muda yang sanggup berhenti kerja, untuk mulakan perniagaan. Perniagaan
yang juga sama dengan minat saya. Tapi, perlukan MODAL YANG BESAR. Allah, jalan
yang Kau beri masih disebalik cabaran dugaan yang besar untuk saya tempuhi. Akan
saya usahakan, insyaallah selepas 5 tahun bekerja. Biarlah 5 tahun pertama ini
saya menabur bakti kepada pelajar saya dulu di negeri Sabah.
Sejak 2010, saya telah mencari peluang perniagaan. Ilmu perniagaan yang
pelbagai saya baca. Namun masih tidak dipraktikkan. Salah satunya adalah
MENTOR. Kini saya belajar. Buat apa yang telah dibuat oleh mentor saya dalam
perniagaan. Walaupun masih sedikit yang saya buat. Allah, Kau mudahkanlah
urusan hambaMu ini.
Mentor saya sering pesan, buat perkara yang mentor buat dalam
perniagaan. Agar kita yang baru ini, tidak melanggar dinding yang pernah mentor
langgar.
Mentor saya sering pesan, cari perniagaan yang telah punyai nama. Contohnya
SHAKLEE. Serata dunia telah tahu keberkesanan produk yang dihasilkan. Sebab,
kita tidak perlu membina nama produk itu lagi. Hanya fikir untuk pasarkan
sahaja.
Mentor saya sering pesan, buat sesuatu perniagaan yang berisiko rendah,
tetapi berimpak tinggi, berkeuntungan tinggi.
TETAPI, wujudkan perniagaan yang sesenang itu??
Semudah itu??
YA. ADA. SHAKLEE.
Alhamdulillah, saya sikit demi sikit telah berubah. Mentor kami banyak
memberi kesedaran. Pelbagai ilmu telah diajarkan. Walaupun saya masih baru
dalam perniagaan ini, banyak tunjuk ajar diberi. Pelbagai teknik diajar. Agar kami
yang baru2 ini tidak perlu lagi melanggar dinding untuk berjaya. Hanya DUPLICATE
apa yang mentor telah lalui. Insyaallah, saya ‘terpaksa’ berjaya seperti
mereka.
Syukur kepada Allah kerana menemukan pintu rezeki ini. Walaupun sedikit,
saya akan amalkan dan ikut jalan mentor Kau tunjukkan.
Saya doakan agar anda dapat mengubah gaya hidup dan sumber ekonomi
anda. Semoga bebas juga dari pelbagai hutang yang membebankan dan menemui
financial freedom dan time freedom untuk diri sendiri dan keluarga
tercinta.
Ingin suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan 2-3-4 angka sebulan?
Hubungi Che Hasnan untuk: